cara-cara pembiakan ikan laga
CARA2 PEMBIAKAN IKAN LAGA
Kali ni saya nak bekongsi tentang cara-cara pembiakan ikan laga. Harap semua boleh jadikannya sebagai rujukan atau maklumat yang berguna.
MENGENALPASTI JANTINA
Jantan: Mempunyai ekor yang cantik warna lebih terang dan agresif. Jantan tak boleh hidup secara berkumpulan/komuniti.. perut yang slim dan tiada biji putih di abdomen.
Betina: Badan bulat sikit, perut buncit dan ada biji putih di bawah abdomennya. Betina pula boleh hidup secara berkumpulan/komuniti.
PEMILIHAN INDUK YANG MATANG
Ikan laga matang biasanya berumur 4 bulan sekiranya diberi makan yang cukup. Induk jantan yg dah ready nak membiak akan membuat buih di permukaan air, biasanya di bawah daun. Kalau nak tengok jantan ni cepat buih cuba perkenalkan betina untuk di tatap, comfirm cepat buih punya. Bagi induk betina yang dah matang boleh di pastikan dengan cara melihat sifat2nya seperti biji putih di bahagian anusnya dan perutnya yg buncit.
PENYEDIAAN TANGKI PEMBIAKAN
Sediakan tangki/bekas sekurang2nya 1x1x1 (kaki), kalau besar lagi bagus. Contohnya seperti akuarium, baldi, polytank dan sebagainya tapi AWAS! jgn gunakan bekas yg diperbuat daripada zink atau logam seperti tin sebab nanti berkarat tak elok untuk ikan. Kemudian masukkan air 4-5inci dari dasar (kedalaman). Bagi yg menggunakan air paip bolehlah campurkan anti klorin sikit tapi untuk air yg lebih berkesan korang cari daun ketapang kering kemudian masuk dalam bekas, lepas tu tadah air hujan dan biarkan terdedah kat luar 4-5 hari (guna air paip pon boleh). Lps tu boleh la guna air tu. Kelebihan daun ketapang ni sebenarnya adalah sebagai tonik untuk ikan (mcm tongkat ali long jack) selain membantu mengasidkan air untuk merangsang pembiakan ikan laga.
Selain bekas dan air korang letak la aksesori sikit sebagai bahan bantuan untuk ikan ni membiak dengan cepat. Letak pokok kiambang, teratai @ polistrene sebagai tapak sarang buih yg akan dibuat oleh induk jantan. Kemudian letak kayu hiasan @ pvc pipe socket jenis 'T' sebagai tempat untuk induk betina menyorok semasa proses mengawan yg akan berlaku. Ini kerana induk jantan akan mengejar induk betina dan bertindak agresif ke atas induk betina, so kita bagi la pelindungan sikit.
PROSES PEMBIAKAN
Masukkan induk jantan ke dalam tangki/bekas yg telah disediakan tadi. Pilih jantan yg cantik, warna garang2 sikit sebab baka yg cantik akan menghasilkan anak yg menarik.. tak gitu. Lepas tu masukkan induk betina pulak ke dalam bekas tapi jangan campurkan, masukkan induk betina yg dilindungi botol supaya proses pengenalan boleh berlaku. proses mengenal hati budi la katakan..
Kemudian tunggu jantan buat buih tanda persediaan si jantan ni tadi ready untuk mengawan. Buih yang dibuat oleh induk jantan ni sebenarnya adalah sarang penetasan.
Lepas tu boleh la masukkan induk betina ke dalam tangki/bekas (campurkan) bersama induk jantan, seelok2 nya waktu pagi sebab time ni diorang tengah subur dan saling memerlukan. Biasanya dalam masa setengah hari diorang dah mula buat ritual peneluran dah. Proses ni akan berlaku lebih kurang 1 jam jer, kalau nak pastikan cuba perhatikan induk jantan akan melibas2kan ekornya seolah2 menari dan kemudian melilit badan induk betina, tu dah on la tu. Induk jantan akan mengutip telur yg dikeluarkan oleh induk betina dan memasukkan ke dalam sarang buih. Induk jantan juga akan menjaga telur sehingga menetas dan tidak akan membenarkan induk betina mendekati sarang. Time ni bolehlah keluarkan induk betina tadi.. Dah xde kepentingan dah dia duduk dalam tu. Telur akan menetas dalam tempoh 24-36jam mengikut suhu semasa. Jgn letak bekas di atas simen, sejuk nanti ikan boleh mati.
PENJAGAAN SELEPAS MENETAS
Selepas anak2 ikan menetas boleh diasingkan pula induk jantan, takut2 dia makan anak2 ikan ni pulak. Dan selepas 3 hari anak2 ikan perlu diberi makan rotifer @ air hijau. Air hijau ni adalah air daripada kolam ikan keli/talapia, cari la mana2 kolam2 ternakan keli/talapia tu yg colour hijau tu la air hijau.. Kebaikan air hijau ni sebagai pelindung anak2 ikan ni tadi dari sinaran matahari yg boleh merosak kan mata serta organ. Lepas usia anak2 ikan ni tadi 1-2 minggu boleh la bagi makan micropellet @ bloodworm.
Boleh juga guna kaedah dalam gambar.. besen, daun pisang atau daun ketapang yang telah di keringkan.. cawan polisterin dibelah dua untuk tempat buih..
semoga berjaya..